Thursday 13 February 2014

Bentuk Diri menjadi lebih baik

Manusia yang berhati suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan mengikuti arus perubahan kedewasaan. 

Kadangkala manusia tidak memahami kita kerana mereka tidak mengetahui liku perjalanan hidup kita.
Tetapi Allah sentiasa memahami kita kerana DIA Maha Mengetahui liku perjalanan kita dari awal hingga ke akhirnya... 

Berhentilah mencari kesalahan orang lain dan mempertikaikan kekurangan mereka. Lihat ke dalam diri kita berapa banyak aib kita yang Allah sembunyikan, dengan itu kita nampak mulia dan baik di mata umum, sedangkan hakikatnya hanya Allah yang maha mengetahui.  

 Kadangkala kita tidak mampu untuk menjadi orang yg sempurna dalam hidup seseorang, tetapi kita tetap cuba buat yang terbaik walaupun kadangkala kita di pinggirkan... 

 Sesuatu yang tak terluah, kadang kala memang Allah takdirkan kita untuk simpan dalam hati, sebab Allah nak kita mengadu dan luahkan hanya kepada Dia.

Sesungguhnya Allah lebih tahu apa yang ada dalam hati kita. ♡ 

 Tak perlu cemburu bila melihat orang lain bahagia. Sampai masa nanti, kamu pula yang akan merasa kebahagian itu. Mungkin lebih bahagia dari orang lain.

P/s : Percayalah, janji ALLAH itu pasti. Insya-Allah 

Hidup lebih ceria dan murni jika kita saling bermaaf-maafan, saling memahami, saling nasihat menasihati dan mengajar perkara2 yang baik.

 Aku yang dulu bukanlah yang sekarang.
Dulu aku lalai, kini aku sedar.
Dulu dulu dulu aku banyak dosa, kini aku lebih dekat dengan Allah.

Cita-citaku ingin menaluki Syurga Allah.
Dulu ku sering alpa. sekarang alhamdulillah.
Bersyukur ku pada Maha Berkuasa.
Kerana memberi jalan kebenaran untukku.